Sunday, August 23, 2009

PROJECT - ARTWORK ON WATCH DIAL




Projek ini saya buat kerana kesian tengok jam yang dialnya dah teruk sangat, tak nampak ape-ape dan jenama pun dah tak boleh baca tapi enjin swiss 17 jewels masih berfungsi dengan baik. Cari beberapa gear dari jam yang aku kecaikan masa buat experiment merosakkan jam. Lepas tu cari berus lukisan, piring dan glows paint warna merah. Mula-mula aku gluekan 4 gear jam untuk dijadikan penanda waktu untuk jam 3, 6, 9 dan 12. Lepas itu bancuhkan glows paint ngan air. Last sekali aku sapu aje glows paint kat dial dan biarkan kering. Setelah kering, masukkan semula jarum jam, minit dan saat dan letakkan kembali cermin jam. jadilah jam dengan dial berbintik-bintik macam permukaan bulan!

Glows paint ni kalau dibiarkan kena matahari selama 15 minit akan menjadikan jam ini bercahaya pada waktu malam atau ditempat gelap.

Kerja ni sekejap aje... hasilnya biasa-biasa aje, adelah sikit nampak seni. Bukan ape, dari tak pakai sebab dialnya dah tak nampak ape-ape, boleh gak dipakai untuk tengok waktu hehehe

1 comment:

  1. Best juga kalau dail lama dibuat camni. Jadi unik jam tu sebab mmg confirm jam tu satu2 nya dlm dunia ada dail camtu. Hehehe....

    ReplyDelete