Monday, March 12, 2012

SOLD - SEIKO SUMO PROSPEX SCUBA SBDC001 WRISTWATCH*

SEIKO PROSPEX DIVER SCUBA SBDC001

Kalau dah nama pun Sumo, duduk bergolek pun nampak sasa
Betul, memang tak silaplah peminat Seiko menamakan jam ni sebagai Sumo, sebab memang terasa kesumoannya
Aku rasa semua orang tau bahawa Sumo ni termasuk dalam siri Prospex, yang kebanyakannya (atau mungkin kesemuanya) adalah Japanese Domestic Model(JDM). Jadi kalau nak cari kat kedai dalam Malaysia ni (yang hanya menjual model-model yang dibawa masuk oleh Thong Sia) besar kemungkinan kempunan ajelah. Kalau pergi ke Moments di Sunway Pyramid pun, walaupun dia ada banyak jual Grand Seiko, klasik mahupun penyelam, Sumo tetap tak ada.

Apa-apa hal pun, dah banyak review kat luar sana yang memperihalkan Sumo ni. Jadi aku rasa aku sekadar berhajat nak pamerkan gambar-gambar sahaja.


Banyak elemen jam penyelam Seiko terdahulu yang wujud dalam Sumo ni. Salah satu ialah jarum saat lampu isyarat bak 6105. Bezanya ialah cuma lampu isyarat Sumo ni semua jalan, tiada berhenti (lampu merah) macam 6105


S for Suparman? Cuba tengok tepi badan dia yang melengkung tu, memang memberi keselesaan apabila dipakai

Drilled lug - senang nak tukar rantai ... tapi aku lebih suka rantai besi asal ni

Ada orang tak suka tepi badan jam ni menutupi bezel, sebab susah nak pusing. Aku tiada masalah

Tak banyak model Seiko yang ada signed crown macam ni. Satu lagi - tiada crown guard

Aku suka tulisan Automatic yang nampak bersahaja tetapi kelas

Bukan buatan Singapura atau pun Malaysia ...
Diver suit extension (closed)
Diver suit extension (opened)

Untuk harga yang mana Sumo ni boleh diperolehi, memanglah boleh dikatakan bahawa it's a lot of watch for the money. Cuma kalau aku boleh utarakan beberapa kekurangan tentang Sumo ni untuk faedah kawan-kawan:

1. Pusingan bezel
Walaupun ramai yang menyatakan bahawa pusingan bezel Sumo ni boleh dibanggakan, aku rasa ada kekurangan sedikit. Dalam hal ini, sudah tentulah untuk mengelakkan ketakadilan, aku tidak membandingkannya dengan pusinganbezel jam-jam aku yang lain yang harganya jauh lebih tinggi (sebagai contoh Omega), sebaliknya aku hanya membandingkannya dengan Seiko Bond (seperti gambar dibawah). Kepada yang pernah membaca artikel aku tentang Bond, tentu tahu bahawa aku puji melangit pusingan bezel Bond ni. Pada hemat aku, Sumo kalah kepada Bond dalam perkara ni kerana pusingan Bond lebih jitu dan mempunyai klik yang lebih meyakinkan. Lepas tu yang lebih kurang memuaskan, terdapat sedikit play pada bezel Sumo (iaitu bezel boleh dipusing sedikit ikut arah jam walaupun sepatutnya ia hanya pusingan sehala melawan arah jam).

2. Kedudukan marker (60) pada insert
Seperti yang telah banyak diwar-warkan, memang segitiga pada bezel insertyang menunjukkan minit 60 ni tak selari dengan tanda pukul 12 pada muka dail. Ini satu kecacatan yang agak menjolok mata kerana Bond dan Orange Monster yang bukan dari siri Prospex pun tiada masalah sebegini.

3. Sambungan rantai jam yang tidak rapat dengan lug
Walaupun memang susah nak nampak perkara ni kalau hanya tengok gambar di bawah, fakta ini memang wujud. Kita boleh pegang rantai tangan berhampiran lug dan menggerakkan hujungnya yang longgar. Mungkin ini bukan satu isu besar, tetapi perkara yang sama tiada pada Bond.

4. Crown yang longgar apabila diunscrew
Okay, yang ini memang wujud pada semua Seiko aku, malahan ada sesetengah jam Swiss Made (macam Epos Sub) pun menghadapi masalah yang sama. Cuma aku risau sama ada kelonggaran ini akan akhirnya menyebabkan crown tu tercabut terus suatu hari nanti.


Spesifikasi

Berdasarkan buku arahan yang disertakan bersama Sumo ni, spesifikasi yang dinyatakan adalah seperti berikut:

Caliber : 6R15
Function : 3 hands - Time display (hour, minute and second hands), date display
Variations per hour : 21,600
Loss /gain (daily rate) : +25 - 15 seconds at normal temperature range (5'C and 35'C)
Driving system : Automatic winding type with manual winding mechanism
Jewels : 23
Duration : Approximately 50 hours


Mungkin kepada sesiapa yang tidak biasa memakai jam sebesar Sumo ni, mula-mula akan berasa agak tercabar sebab saiz badannya ialah 44mm (ada yang cakap 45mm, tapi aku rasa 44mm). Aku bernasib baik sebab dah biasa pakai jam bersaiz 45mm, jadi memang rasa ngam-ngam. Tengoklah gambar di bawah untuk saksikan persamaan/perbezaan.


Macam biasa - lume shot. Tapi aku dah lupa tekniklah ... tu yang rupa tak berapa nak comel
Sumo vs Orange Monster. Siapa pemenang?


Kesimpulan

Ketepikan beberapa isu kecil yang dinyatakan di atas, Sumo ni dengan harga yang ditawarkan, memang berbaloi untuk dimiliki. Walaupun aku mengaku bahawa Bond dan OM mempunyai daya tarikan tersendiri, kedua-duanya tidak dapat menandingi kehebatan Sumo apabila ia tersemat dipergelangan tangan. Sesungguhnya itulah kelebihan Sumo, iaitu gah, gagah, dan perkasa! Aku hanya mempunyai perasaan sebegini bila memakai satu lagi jam aku, iaitu Planet Ocean.That's definitely one hell of a compliment ...

The contents (including the pictures) contained in this write-up are the original work of the author, Pencinta Masa and are copyright protected. I have given the permission from Pencinta Masa to re-published the information and pictures in my blog. Thank You Der SOLD

No comments:

Post a Comment